♥ Halwa Telinga ♥

Friday, September 3, 2010

malam sunyi

Assalamualaikum...Terima kasih kepada pembaca yang setia.

dihening malam.hujan turun membasahi bumi..seperti memerli aku..
ntah kenapa airmata ku berlinangan malam ni.
rasa risau dan sebak serta pilu menyelubungi diri mengenangkan nasib sahabatku..
bagaimanakah agaknya perasaan dia sekarang ni.?
aku temani dia malam ni.
selalunya pukul 10 dia dah tido.
tapi mungkin kerana kejadian yang terlalu pantas ini berlaku kepada dirinya membuatkan dia bingung.
buntu memikirkan masa depannya.


baru dua hari lepas dia berkongsi masalahnya dengan aku.
dan harini.
satu lagi bencana menimpa dirinya sekeluarga.
aku sebagai sahabat hanya mampu memberi kata kata semangat agar dia terus tabah tok mengharungi hidup dia dimasa akan datang.
mungkin dia akan teruskan pembelajarannya seperti biasa.
mungkin juga dia akan pulang ke kampung halaman dan teruskan hidupnya dengan bekerja dan menyara keluarga.
sebagai anak kedua dialah yang terpaksa memikul tanggungjawab untuk menjaga ibu dan adik adiknya.
abang dia yang sulung masih belajar di universiti.
mana mungkin sanggup si adik melihat abangnya yang sudah hampir berjaya itu meninggalkan pendidikannya.



Ya Allah..
kenapa semua ini berlaku terlalu pantas?
Ya Allah..
kau berikanlah kekuatan kepada sahabatku itu Ya Allah..
Ya Allah..
kau kuatkanlah semangatnya.
kau berilah petunjuk untuk dia meneruskan hidupnya Ya Allah..
Hambamu memohon Ya Allah! :'(


Sahabatku.
Ingatlah!
Allah lebih sayangkan dia daripada kita.
sebagai anak yang soleh.
sentiasalah doakan kesejahteraannya disana.


Sahabatku.
Semoga hubungan persahabatan kita tidak akan putus disini.
walau kau jauh dimana sekalipun.
ingatlah.
kau akan sentiasa ada dihati.


Sahabatku.
ketahuilah.
sesungguhnya diri ini sayang kepadamu.
sesungguhnya diri ini akan sentiasa bersamamu tika suka tika duka.
sesungguhnya diri ini tidak akan pernah lekang untuk memberikan kata kata semangat dan nasihat.
sesungguhnya diri ini ada untukmu bila mana kau memerlukannya.






Salam Sayang Dari Sahabatmu,
Nabila Hani



2 comments:

NadGorgeous said...

bella, ade hikmah di sebalik kejadian ini..

NabielaHoney said...

ermm..betul k.nad..
moga dia tabah hadapi masa depan..